Qana’ah

Rekreasi minda

Bos: Aku dengar ngko selalu hilang time kerja, apasal?

Pekerja: Saya pergi semayang bos!

Bos: Aku bukan tak bagi ngko semayang, tapi pastikan keje siap dulu!

Pekerja: (dalam hati)..Masya-Allah!Dia tau ke apa yang dicakapkan ni?

Bos: Ngko semayang kuat-kuat pun belum tentu masuk syurga! ….kalau kerja tak siap, syarikat rugi juta-juta! Camana orang Islam nak maju?

Pekerja: Bos keje sampai kaya raya pun, bukan boleh beli syurga!

Bos: Er…anu..bukan camtu maksud aku!…Err……

P1010048

..kite seringkali terlupa, dalam usaha mencari kekayaan di dunia, kite lupa pada pemilik kekayaan yang hakiki, iaitu pencipta kita yang Maha Esa..ingat Allah selalu, jangan kite lupa, insyaAllah..

Qana’ah

Rasulullah s.a.w bersabda : Qana’ah adalah suatu harta yang tidak akan habis

Qana’ah bermaksud menerima apa yang ada. Redha dengan pemberian Allah ta’ala kepada dirinya, kerana merasa bahawa memang itulah yang sudah menjadi rezekinya. Namun sama sekali tidak menghentikan usaha untuk menambah yang kurang dan berusaha menyempurnakan sesuatu yang dirasakan belum memuaskan. Orang yang memiliki sifat qana’ah ini pasti tidak mempunyai sifat tamak terhadap pemberian dan tidak loba dengan harta yang menjadi hak milik orang lain.

Leave a Reply